Kultivar epal Epal

Rencana utama: Senarai kultivar epal
Beraneka jenis kultivar epal dalam pasaraya.Kultivar epal 'Sundown' dan keratan rentasnya.

Terdapat lebih 7,500 kultivar (baka) epal yang diketahui setakat ini[20] di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan subtropika. Kebanyakan kultivar epal ini ditanam untuk dimakan mentah, dimasak atau dijadikan sider. Epal untuk sider biasanya terlalu masam dan pedar untuk dimakan mentah, tetapi memberikan perisa yang cukup memuaskan (dan tidak tertanding oleh epal makan mentah) kepada sider.[21]

Kultivar epal komersil biasanya lembut tetapi rangup. Selain itu, epal komersil sewajarnya ada kulit yang berwarna terang, tidak keperangan, mudah diangkut, boleh disimpan lama-lama, berhasil tinggi, kalis penyakit, berbentuk biasa 'Red Delicious', dan berasa enak.[1] Epal moden biasanya lebih manis daripada kultivar lama kerana rasa epal yang diingini berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Kebanyakan orang Amerika Utara dan Eropah menggemari epal subasid yang manis, tetapi epal masam juga tidak kurang peminatnya.[22] Epal yang teramat manis tanpa rasa asid adalah hangat di Asia,[22] khususnya di India.[21]

Kultivar epal lama selalunya berbentuk ganjil, keperangan dan pelbagai tekstur dan warna. Ada yang mendapati bahawa epal lama ini lebih rasanya berbanding kultivar moden,[23] tetapi mengalami masalah lain yang menjadikannya kurang sesuai untuk diperdagangkan, seperti hasil rendah, kerentanan kepada penyakit, atau kurang tahan lama dalam simpanan atau pengangkutan. Masih ada beberapa kultivar lama yang dihasilkan secara besar-besaran, tetapi selalunya dihidupkan oleh pekebun rumah dan petani yang menjual terus ke pasar setempat. Banyak kultivar epal ganjil yang mempunyai rasa dan rupa tersendiri yang masih wujud; kempen pemuliharaan epal dilancarkan di merata dunia untuk memelihara kultivar-kultivar berkenaan daripada pupus. Di United Kingdom, kultivar lama seperti 'Cox's Orange Pippin' dan 'Egremont Russet' masih menjadi hasil dagangan utama walaupun berhasil rendah dan mudah dijangkiti penyakit dari segi pemahaman moden.[2]

Rujukan

WikiPedia: Epal http://www.foodscience.csiro.au/refrigerated.htm http://www.bestapples.com/facts/facts_controlled.s... http://www.bestapples.com/healthy/ http://www.calpoison.com/public/food.html#Ecoli http://www.foodsdatabase.com/LinkedLabel.aspx?Food... http://www.fruitgrowersnews.com/pages/2004/issue04... http://forums.gardenweb.com/forums/load/harvest/ms... http://books.google.com/?id=YvU1XnUVxFQC&lpg=PT39&... http://books.google.com/books?id=9KwPofkJTHYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ngAVBYuRyb8C&pg=P...